Cepat Lemah Semasa Workout? Anda Kena Baca Ini!

Workout banyak menggunakan tenaga. Jadi, tidak hairanlah kalau anda penat semasa workout. Tetapi, kalau sampaikan lemau macam nak pitam dan termuntah, mungkin sebenarnya anda kekurangan satu ini.

 

Tak cukup makan memang boleh menyebabkan letih tetapi bukankah begitu drastik. Yang menyebabkan kita rasa terlalu lemah ialah apabila kita kekurangan air. Tambah-tambah lagi anda berlatih dalam gym yang panas dan tidak membuka kipas. Peluh mencurah-curah dan boleh menyebabkan anda mengalami dehidrasi.

 

Dehidrasi adalah perkara serius kerana ia boleh membawa kesan yang sangat buruk termasuklah kematian. Untuk mencegah dehidrasi, anda kena minum banyak air. Silapnya, ramai minum banyak air semasa workout, sedangkan mereka perlu minum banyak air sebelum mereka mulakan workout.

 

Apabila anda mengalami dahaga semasa workout dan anda minum air, ketahuilah ia tidak menyelesaikan masalah dehidrasi anda. Dehidrasi perlu ditangani beberapa jam sebelum anda workout. Sebab itu, adakala kita pergi ke gym dan berasa sangat letih meskipun sudah minum banyak air semasa bersenam.

 

Penyelesaian paling mudah untuk masalah ini adalah dengan meminum air 2-3 jam sebelum anda workout. Atau dengan kata lain, minum sahaja banyak air seharian terutama sekali sebelum workout. Panduan paling mudah ialah jangan tunggu dahaga untuk minum.

 

Untuk lebih cantik lagi, campurkan minuman anda dengan BCAA untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan kepada otot-otot anda seharian.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook