Cepatkan Bakar Lemak Dengan Besi Dan Kardio

Jangan harapkan pada kardio sahaja kalau nak kurus. Ramai berasa kardio sahaja jalan untuk membakar lemak, sedangkan berlatih dengan bebanan juga mampu memberikan kesan yang sama, jika tidak, jauh lebih berkesan!

Nak kurus sahaja, kena kardio. Itulah dalam mentaliti rakyat sekarang. Kenapa ramai takut nak pergi ke gym? Ada harimau ke dekat gym tersebut? Admin rasa tak ada pun.

Apabila apabila anda mengangkat bebanan, anda bukan sahaja membina otot malah membakar lebih banyak kalori. Bukankah anda suka membakar kalori dengan banyak? Dengan mengangkat bebanan juga, anda boleh membakar kalori lebih lama berbanding dengan melakukan cardio semata-mata.

Untuk lebih tepat lagi, lakukan latihan beban jenis cardio. Pernah dengar latihan litar ataupun circut? Ia merupakan latihan yang melibatkan banyak senaman dilakukan secara berterusan. Sama sahaja dengan giant set, latihan kita boleh dilakukan dengan 5 senaman ke atas, malah anda boleh buat sehingga 10 senaman.

Apabila anda lakukan latihan begini, ia mencabar ketahanan otot dan juga ketahanan jantung. Anda akan berasa badan anda seperti berapi, jantung anda meminta nyawa. Ini akan menyebabkan anda bakal lebih banyak kalori dan juga lemak.

Banyak kajian telah dibuat untuk menyangkal kenyataan ini tetapi semuanya menunjukkan hasil bahawa latihan litar jauh lebih berkesan untuk membakar lemak berbanding cardio sahaja. Anda boleh bakar lemak hampir 30 ke 50 peratus lebih banyak dengan latihan litar.

Pada masa yang sama, anda perlu jaga pemakanan anda. Cardio ataupun tidak, latihan litar mahu pun bukan, anda tidak akan mendapat hasil selagi anda tidak menjaga diet. Itu merupakan tangga dan juga rintangan pertama yang anda kena harungi.

Jadi, selepas ini jika anda mahu cutting, fokuskan latihan anda kepada latihan litar. Sekejap sahaja anda akan nampak hasilnya!

Entri: Aiman Radzi

Komen Facebook