Creatine: Boleh Guna Atau Tidak Semasa Berpuasa?

Ketika bulan puasa ini, ada yang berhasrat untuk cutting. Mereka tak mahu gunakan creatine kerana katanya menahan air. Tetapi, anda boleh gunakan creatine meskipun sedang cutting ataupun bulking. Soalnya, bolehkah anda guna dalam bulan puasa?

 

Jawapannya, tak boleh! Memang tak boleh ambil creatine dalam bulan puasa di waktu pagi sebab nanti batal puasa. Kalau ambil waktu sahur ataupun selepas berbuka, tak ada masalah.

 

Cuma, creatine boleh menyebabkan anda dahaga kalau anda tak pernah ambilnya secara konsisten sebelum ini. Jika anda baru nak mulakan, elok mulakannya selepas bulan puasa. Kalau anda dah ambil sejak sebelum puasa, tiada masalah untuk anda meneruskannya.

 

Kelebihan menggunakan creatine ialah ia membantu anda untuk mengekalkan jisim otot dan memberikan anda tenaga untuk mengangkat serta menjana lebih banyak kuasa untuk menolak bebanan yang berat. Ini adalah kunci kepada pengekalan jisim otot, lagi-lagi dalam bulan puasa.

 

Ambil 1 scoop ataupun 1 sudu teh semasa sahur ataupun selepas berbuka atau selepas workout. Anda boleh campur kan creatine dengan minuman lain seperti jus buah-buahan, protein, BCAA, ataupun minum dengan air kosong sahaja.

Komen Facebook