Creatine: Kenapa Dan Bila?

Creatine ialah supplement yang telah lama berada dalam dunia fitness. Para pengkaji juga mempercayai (dengan kajian) yang creatine sangat membantu dan berkesan untuk meningkatkan prestasi anda. Menariknya, anda boleh gunakan creatine untuk bulking dan cutting (meskipun ramai berfikir creatine hanya sesuai untuk bulking sahaja).

Fungsi creatine ibarat membesarkan tangki tenaga anda dan menyediakan lebih banyak bahan tenaga untuk anda lakukan lagi banyak rep. Pendek kata, ambil creatine kalau anda nak jadi lagi kuat. Creatine juga membantu dalam pembinaan otot, pemulihan, dan pembakaran lemak. Ia antara supplement kegemaran dan boleh dikategorikan sebagai “wajib-ambil” jika anda berhasrat untuk dapatkan hasil yang maksimum.

Dahulu, ramai mengajar kita untuk ambil creatine sebelum workout. Katanya, ambil sebelum ke gym akan bagi tenaga nanti di gym. Creatine tidak bersifat acute, atau dengan kata lain bertindak dalam masa singkat begitu. Creatine perlu “pekat” di dalam darah dahulu dan ini mengambil masa daripada 5 hari kepada 3 minggu, bergantung pada dos yang anda gunakan. Ketika itulah, creatine akan berkesan dengan optimum.

Sekarang, dah ada banyak kajian yang mengkaji penggunaan creatine dalam dunia bina badan. Rata-rata bersetuju yang creatine sesuai diambil selepas workout. Kenapa? Ia berkaitan dengan perkadaran penyerapan nutrien ke dalam otot selepas workout. Otot kita lebih mudah menyerap nutrisi selepas workout kerana ia dahagakan nutrisi. Gabungkan creatine dengan karbohidrat dan protein, maka anda dapat satu minuman yang akan paksa otot anda membesar!

Tak salah ambil sebelum workout. Cuma, adalah lebih baik diambil selepas latihan. Kalau anda nak cuba juga, boleh ambil sebelum dan selepas. Dos kebiasaan adalah pada 5g sehari. Anda boleh sahaja cuba 3g sebelum workout dan 3g lagi selepas workout. Yang penting ialah anda konsisten menggunakannya.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook