CARA KIRA KEPERLUAN PROTEIN HARIAN
Dalam dunia bina badan, protein dipandang sebagai nutrisi kunci kepada perkembangan otot dan kekuatan.
Protein juga penting untuk kesihatan. Ia adalah blok-blok binaan utama tisu-tisu dalam badan.
Untuk membina badan, anda kena pastikan protein yang anda makan adalah lebih tinggi daripada yang terbakar.
Kalau kurang protein, anda boleh bakar otot. Kalau makan protein sama banyak dengan yang terbakar, anda kekalkan jisim otot sahaja.
Jadi, untuk bina badan, anda kena ambil lebih tinggi daripada keperluan harian.
Anda perlukan 2-3g protein bagi setiap kilogram berat badan. Contohnya, kalau berat anda 70kg, anda perlukan dalam 140-210g protein.
Satu scoop whey protein biasanya ada 20-25g protein. Seketul dada ayam yang besar juga mempunyai sekitar 20-25g protein. Seekor ikan kembung pula ada dalam 15g protein.
Untuk pastikan anda dapat cukup protein, gunakan strategi-strategi ini:
1. Makan ayam/daging/ikan sebesar genggaman setiap kali makan (3-5 kali sehari).
2. Ambil whey protein setiap kali makan (2-3 kali sehari).
3. Minum BCAA sepanjang hari (jumlah 1-3 scoop sehari).
Penulis: Aiman Radzi (@TheTherabeast)