Diambil daripada penulis T-Nation, Christian Thibaudeau, senaman ini adalah senaman yang agak unik. Kalau anda tak kisah orang pandang aneh terhadap anda dalam gym, maka teruskan dengan senaman ini. Lagipun, anda yang bayar gym, bukan mereka. Last-last, trap anda juga yang lagi besar daripada trap mereka!

 

One-Armed Barbell Shrug

Untuk buat senaman ini, anda kena gunakan power rack untuk posisikan barbell. Walaupun begitu, anda masih boleh lakukan tanpa power rack, cuma ianya lebih susah sebab anda kena deadlift dahulu sebelah tangan.

 

Apabila ada sudah angkat, tunduk ke hadapan sedikit dan shrug seperti biasa. Jangan lupa untuk tahan seketika apabila anda shrug di atas.

 

Kenapa ia bagus berbanding shrug biasa? Sebab, otot anda terpaksa berkerja lebih untuk stabilkan barbell tersebut. Ini mengaktifkan lebih banyak otot daripada biasa.

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)