Admin selalu nampak orang lakukan senaman Skullcrusher untuk membina triceps mereka, cuma tak ramai yang melakukan dengan cara ini. Ia akan lebih isolasikan perasaan anda!
Skullcrusher Smith Machine
Biasanya, Skullcrusher dilakukan menggunakan dumbell ataupun barbell. Mereka akan duduk di kerusi cendol ataupun kerusi rata dan memberi fokus kepada pergerakan siku. Apa kata lakukan benda yang sama tetapi dengan mesin Smith?
Cari ini akan memberi lebih tumpuan kepada pergerakan otot triceps, sekaligus mengurangkan pergerakan latissimus dorsi. Ini amat penting dalam senaman isolation seperti Skullcrusher.
Gunakan bangku rata untuk senaman ini. Pastikan kedudukan bangku dengan mesin Smith sesuai untuk pergerakan Skullcrusher. Turunkan bebanan dengan perlahan melalui pergerakan siku sahaja dan luruskan tangan tanpa perlu lock siku.
Senaman ini sesuai dilakukan dengan bebanan ringan untuk banyak repitisi. Lakukan juga selama ini selepas anda selesai melakukan senaman kompaun berat.
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)