Admin pasti anda pernah dapat nasihat seperti ini. Ramai kata anda tak boleh pergi ke gym dan berlatih melebih 60 minit kerana khuatir otot anda terbakar.
Memang betul, anda boleh membakar otot, dengan syarat:
1- Anda makan tak cukup
2- Anda berlatih tanpa henti
3- Anda tidur tak cukup
4- Anda terlalu stress
Bagi orang yang baru berlatih, memang sudah memadai dengan latihan 60 minit. Orang baru perlu lebihkan frekuensi latihan dan bukan isipadu. Maksudnya, anda kena kerap berlatih dengan senaman untuk membina kekuatan.
Susah untuk bina kekuatan dan banyakkan isipadu melainkan anda dah berpengalaman dan kondisi badan anda sesuai dengan latihan seperti itu. Bagaimana untuk mendapatkan intensiti dan isipadu? Anda kena berlatih dengan lebih lama.
Tengok atlit otai, mereka berlatih melebihi 60 minit di dalam gym. Bukannya buat senaman biasa-biasa juga. Mereka berlatih dengan latihan hardcore. Sebabnya, badan mereka sudah dikondisi dengan latihan sebegitu.
Oleh itu, perancangan pelan latihan amat penting untuk mendapatkan kesan maksimum.
Guna Qhush Hyperdrive daripada USN untuk memberikan anda tenaga bagi menjalani latihan kekuatan dengan mantap!