Rasa lapar ni biasanya datang tak diduga. Pernah tak anda baru sahaja selesai makan namun anda kembali rasa lapar? Untuk anda yang ada tanda-tanda ini anda perlukan desert sebagai snek tambahan. Kami akan cadangkan beberapa resepi desert yang bagus untuk anda yang sedang giat membina otot.

1. Pizza

Bahan-bahan Doh:

4 scoops protein powder
1 cawan oatmeal
1 biji telur
3/4 cawan susu kacang badam
Setitik perasa vanilla
Cinnamon sesuka hati anda

Cara-cara:

1. Campurkan kesemua bahan dan jadikan ia seperti doh bulatan pizza

2. Bakar di oven pada 350 degrees

3. Bakar selama 12 minit

Bahan topping:

4 scoop protein powder
Low fat cream cheese
6 sudu Susu kacang badam
Segenggam buah kering

Campurkan semua dan sapukan atas doh tadi bila kering taburkan buahan kering. Untuk resepi ini anda akan mendapat lebih kurang 25g protein bagi satu slice pizza jika anda memotong kepada 8 slices.

Entri Oleh: Fakhrul Islam