Pernah dengar senaman drag curl? Memang jarang dengar dan jarang nampak orang buat. Ini ialah versi biceps curl, cuma dilakukan dengan pergerakan berbeza.
Kalau dalam biceps curl, anda tidak dibenarkan untuk menghayun bebanan tersebut. Oleh itu, anda tak boleh guna yang berat. Dalam drag curl, anda boleh guna berat tanpa menghayun. Dengan mengubah pergerakan ini sahaja, anda dapat melatih otot biceps anda dengan lebih intensiti.
Caranya, anda kena leretkan barbell sepanjang badan. Berdiri sama macam buat biceps curl, tetapi daripada membengkokkan siku, anda akan tolak siku ke belakang dan leretkan bebanan sepanjang badan sampai ke paras bawah dada atau setinggi mana yang boleh.
Cara begini akan merekrut juga otot bahu belakang, latissimus dorsi, dan trapezius. Oleh itu, anda boleh gunakan bebanan yang lebih berat sedikit daripada biceps curl yang biasa. Variasi ini sangat bagus apabila anda nak memaksa otot yang letih untuk kekalkan form yang cantik.
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)