Triceps mewakili 2/3 daripada saiz tangan anda. Maksudnya, prioriti latihan untuk membesarkan tangan terletak pada latihan triceps.
Otot triceps mendapat tempias dalam senaman-senaman pressing seperti bench press, overhead press, dan lain-lain. Semestinya, senaman kompaun perlu diutamakan dahulu, kemudian diikuti dengan senaman isolation.
Admin nak kongsikan satu teknik dropset yang memang terbaik untuk triceps!
Close-Grip Bench Press
Mulakan dengan close-grip bench press. Anda akan pegang barbell selari dengan keluasan bahu ataupun kecil sedikit daripada itu. Turunkan barbell ke paras dada perlahan-lahan dan tolak semula sehingga lurus. Lakukan menggunakan beban yang berat untuk 8-12 rep.
Push Down Dropset
Sejurus habis close-grip bench press, teruskan dengan melakukan push down menggunakan mesin kabel. Gunakan beban yang berat dahulu dan buat 8-12 rep. Kemudian, terus turunkan berat dan pump lagi seberapa banyak rep yang boleh. Pastikan anda buat secara strict form.
Close-Grip Bench Press Drop Set
Tadi yang anda buat bench press, buat semula sekali lagi guna beban yang anda tinggal tadi. Buat seberapa banyak rep anda mampu, maksimum 10 rep sahaja. Turunkan berat, dan pump sampai habis tenaga untuk repping lagi. Selesailah satu set! Rehat dalam 90-150 saat sebelum melakukan rutin dropset tricep ini lagi.