Dua Cara Untuk Bina Triceps Guna Mesin Cable

Latihan triceps menggunakan mesin kabel adalah latihan yang sangat baik untuk isolate otot tersebut. Mesin kabel sememangnya mesin yang sangat versatile. Nak rasakan pump yang terbaik untuk triceps? Buatlah triceps pushdown menggunakan tali di mesin kabel!

 

Tapi, tengok orang buat, ada yang cara berbeza-beza. Ada yang tarik tangan rapat, ada yang tarik bagi tali berjauhan. Yang mana satu betul dan apakah perbezaan antara kedua-duanya?

 

Tengok gambar di bawah, yang ini adalah contoh variasi tarik tangan rapat. Tujuan yang ini adalah untuk melatih otot triceps bahagian medial head dan long head. Yang ini akan bagi nampak otot triceps anda tebal dan besar.

 

Kalau gambar di bawah pula, itu adalah variasi tarik tali berjauhan. Untuk yang ini pula, anda akan berikan tumpuan pada bahagian lateral head tricep, yang bagi nampak macam ekor udang Kalau nak nampak detail dan lebar dari hadapan, anda kena fokus dengan variasi ini.

 

Jadi, tak ada yang salah. Dua-duanya betul. Senaman isolation seperti yang Admin share, sesuai dibuat banyak rep. Macam Admin buat, selalunya buat 30 rep sekali jalan untuk 3 set. Jadi, kena tahanlah sakit bila dah hujung-hujung tu! Barulah boleh membesar kalau tahan sakit.

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)

Komen Facebook