Shrug merupakan senaman yang ringkas tapi boleh jadi penawar kepada otot trapezius yang kecil, atau jadi pembuang masa anda kalau anda tak buatnya dengan betul. Sering kali Admin nampak ramai buat kesalahan ini, macam sudah menjadi trend.

Yang paling ketara ialah “menggolekkan” bahu ketika melakukan shrug menggunakan dumbbell. Bahu mereka seperti membuat pusingan. Kenapa perlu begini? Itu bukan fungsi utama trapezius. Sebaliknya, cara terbaik untuk melakukan senaman ini adalah dengan memegang dumbbell di sisi dan mengangkatnya lurus sahaja. Bayangkan seperti anda nak bahu anda sentuh telinga anda.

Kesalahan kedua yang kerap Admin nampak ialah menggunakan bebanan terlalu berat, menyebabkan pergerakan terbatas banyak. Maksud Admin, mereka tak angkat bebanan sepenuhnya. Pergerakan mereka hanyalah separuh dan ini mengurangkan keberkesanannya. Sebab itu, gunakan bebanan yang sesuai dan apabila mengangkat, angkat sepenuhnya serta tahan seketika (dalam 1-2 saat).

Shrug boleh juga dilakukan dengan barbell dan mesin. Beza dengan dumbbell ialah dumbbell membenarkan anda untuk gerak dengan lebih bebas. Cuba tunduk ke hadapan sedikit sahaja untuk merasa lebih pengaktifan otot trapezius.

Entri: Aiman Radzi