Siapa ada masalah bahagian chest mereka untuk yang dalam kurang tebal? Biasanya, ini berlaku sebab pergerakan senaman mereka tidak cukup. Jadi, bahagian tengah nampak tenggelam sikit.
Admin share satu ubat yang boleh bantu untuk selesaikan masalah ini. Gym anda ada mesin Hammer Strength tak? Kalau anda, memang terbaik! Anda boleh guna teknik ini nanti.
Mudah sahaja, kalau sebelum ini anda duduk biasa dan press menggunakan kedua-dua tangan, sekarang duduk menyenget sikit dan fokus pada satu tangan. Tengok gambar di bawah.
Cara duduknya menyenget ke arad yang anda hendak latih. Kemudian, pressing turut dilakukan dengan sebelah tangan sahaja. Kenapa anda buat begini? Ia adalah untuk menambahkan julat pergerakan (ROM) lantas mengaktifkan gentian otot dada bahagian tengah yang ketinggalan selama ini.
Tak ada mesin Hammer Strength? Tak ada masalah! Gunakan teknik yang sama tetapi pada mesin kabel. Cuma pusingkan badan sedikit sahaja ke arah dada yang anda hendak latih!