Dumbbell Pullover: Chest Atau Back?

Senaman ini sering menjadi controversial. Ada yang kata ia untuk back, ada yang kata untuk chest. Yang mana satu betul?

Ia bergantung pada beberapa perkara. Satunya, cara anda lakukan senaman tersebut akan mensasarkan otot yang lain. Kalau anda luruskan tangan sepanjang pergerakan, anda akan kenakan lebih pada chest. Bengkokkan siku dan anda akan lebihkan bahagian kepak anda.

Kemudian, ia berkait juga dengan mind-muscle connection. Kalau sepanjang pergerakan anda fikir tentang chest, maka anda akan rasa dan dapat pam chest. Begitu juga jika anda fikirkan tentang back.

Tetapi, satu benda yang anda tak boleh ubah ialah genetik dan anatomi badan anda. Setiap orang mempunyai bentuk anatomi yang tidak serupa. Ada yang mempunyai tangan panjang lagi daripada orang lain, ada yang berbahu lebar, ada yang berpinggul lebar, dan semua ini memberikan kesan yang berlainan sedikit. Sebab itu dalam senaman pullover, anda kena ubah suai supaya anda dapat apa yang anda mahu dengan senaman ini. Semua senaman pun sama, anda kena adjust seadanya.

Pullover ialah senaman yang sangat baik dan Arnold Schwarzenegger juga mengamalkannya. Masukkan rutin ini ke dalam kedua-dua hari (chest dan back).

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook