Elakkan Buah-Buahan ini Semasa Menurunkan Berat Badan

Sesetengah individu amat mementingkan buah semasa di dalam proses “clean diet” atau semasa ingin menurunkan berat dengan ideal.

Sesetengah pula mengabaikan terus pengambilan buah kerana ingin mendakwa manis buah iaitu fructose mempengaruhi penurunan berat mereka serta membahayakan paras gula dalam darah.

Ada sesetengah pula yang langsung tidak boleh memakan buah kerana simptom-simptom tertentu.

Entri kali ini menyentuh tentang pemilihan buah yang betul semasa diet. Hal ini kerana terdapat buah yang perlu kita kawal pengambilannya semasa proses penurunan berat badan atau lemak.

Khasiat buah sudah dibuktikan terutama dalam diet seimbang kerana kandungan seratnya yang tinggi dan kadar kalorinya yang rendah. Sesuai dengan individu yang ingin menurunkan berat badan dan individu yang sentiasa berasa lapar, maka pengambilan buah yang banyak amat diperlukan.

Antara contoh buah-buahan yang bagus untuk diambil adalah pisang, epal,lemon, betik, segala saudara beri ( rasberi, bluberi, mulberi, blackberi) dan banyak lagi.

Namun ada jenis buah yang perlu kita hindari kerana kandungannya yang mungkin mempengaruhi kandungan gula dan kalorinya.

1. Salad buah (fruit salad)

Pengambilan ‘fruit salad ‘ ini adalah satu cara yang mudah yang boleh membawa kepada terlebih pengambilan buah. Utamakan pengambilan sebiji buah yang penuh untuk mengelakkan fruktos yang berlebihan seperti sebiji epal atau sebiji oren atau sebiji kiwi.

2. Jus buah

Kita harus faham bahawa serat di dalam sebiji buah tidak sama dengan serat di dalam jus buah.
Jus buah mungkin kehilangan sedikit serat berbanding sebiji buah yang penuh. Serat ini amat diperlukan bagi mengurangkan penyerapan gula dalam badan dan mengurangkan masalah penghadaman.

Disamping itu, jus buah pada masa kini juga biasanya telah ditambah dengan gula dan pewarna menyebabkan rosaknya khasiat buah itu dan boleh membawa kepada tingginya paras gula dalam darah. Kerana itu, jika ingin menyediakan jus buah pastikan ianya adalah buah yang segar yang dikisar terus tanpa gula dan pewarna untuk mengelakkan obesiti dan sebagainya.

3. Buah-buahan kering (dried fruit)

Buah-buahan kering ini sebenanrnya telah dibuang kandungan air yang wujud dalam setiap buah mejadikan kadar gula di dalamnya sangat padat.
Dan masalah yang dialami juga pengilang akan menambah gula dan pengawet di dalam paket buahan kering ini yang menyebabkan khasiatnya terjejas.

Walaupun jenis buah yang dinyatakan di atas perlu kita hindari semasa proses penurunan berat namun, ianya masih dikategorikan antara makanan yang sihat juga tetapi perlu kepada pengawalan dan kadar yang minima. Lebihkanlah buah-buahan yang segar kerana khasiat di dalamnya lebih semulajadi.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook