Elakkan Buncit Semasa Bulking Dengan 4 Tips Ini

Ramai yang sedang berada dalam fasa bulking sekarang dan akan cutting apabila nak sampai tahun baru nanti. Ada yang sedang bulking untuk pertandingan tahun hadapan, ada yang suka-suka bulking. Walaubagaimana pun, bulking tanpa membuncitkan diri adalah goal semua bulkers di luar sana.

 

Macam mana anda nak bulking tanpa perlu risau dengan fenomena buncit? Admin kongsikan beberapa tip yang anda boleh amalkan.

 

Banyakkan Minum Air Kosong

Air akan bantu penghadaman anda dan memberikan anda tenaga. Apabila anda minum banyak air, maka banyak juga air yang anda akan singkirkan. Untuk kelihatan kurus dan tegap, anda kena minum banyak air. Bukan sahaja bentuk badan dan berat terjaga, malah kulit nampak lebih sihat.

 

Kurangkan Penambahan Gula

Milo ais, teh ais, kopi ais, neslo ais, semuanya manis-manis yang ditambah dengan gula begitu banyak sekali. Admin tak kata tak boleh, tetapi anda kena kawal dan kurangkan benda manis. Selalunya, kawan ajak lepak di kedai mamak, maka tak lari daripada meminum begini (orang panggil teh tarik session). Ia hanya menambah kalori berlebihan dalam sehari.

 

Gunakan Superior Mass

Bulking menggunakan mass adalah cara yang bagus untuk bulking dengan cepat dan berkesan. Macam mana nak pastikan mass yang anda guna itu yang terbaik? Tak perlu pikir susah-susah, guna sahaja Superior Mass daripada jenama Superior 14. Satu lagi kelebihan mass ini ialah kandungannya yang telah siap ada testosterone booster. Ekonomi dan juga berbaloi!

 

Jangan Tinggalkan Kardio

Siapa yang kata masa bulking tak perlu buat kardio? Takut otot jatuh, katanya. Ataupun, anda akan bakar otot nanti bila buat kardio. Itu semua helah semata-mata, alasan untuk melarikan diri daripada buat kardio (macam Admin). Anda tak patut tinggalkan kardio walaupun anda tengah bulking. Cuba berjogging seminggu sekali, dan buat HIIT selang sehari.

Komen Facebook