Untuk membina badan, anda kena jadi kuat. Dan, untuk jadi kuat, anda kena berpegang kepada 4 konsep penting dalam latihan ini.
1- Badan Anda Berkerja Sebagai Satu Senjata
Kalau sikit-sikit anda nak main biceps, triceps, isolate chest sahaja, susah sikit untuk anda membesar. Sebab apa? Badan anda direka bukan untuk bergerak secara isolation, tetapi sebagai satu mesin besar atau senjata yang mempunyai mekanisme kompleks. Dengan kata lain, anda patut fokuskan latihan anda pada senaman kompaun seperti squat, bench press, deadlift, pull up, babell row, dip, clean and press, dan macam-macam lagi!
2- Mulakan Dengan Bebanan Di Lantai
Jangan hanya bergantung pada mesin sahaja. Kalau senaman anda boleh dimulakan dengan anda mengangkat bebanan tersebut daripada lantai, maka amalkan sebegitu! Contoh senaman termudah adalah seperti deadlift, barbell row, dan overhead press. Anda akan diuji dengan ketahanan fizikal dan mental apabila anda terpaksa mengangkat bebanan anda daripada bawah. Kuatkan pinggang anda dengan cara ini.
3- Kerap Tolak Bebanan Ke Atas
Maksud Admin, banyakkan buat overhead pressing, ataupun tolak barbell ke atas kepala (latihan shoulder), secara berdiri dan bukannya duduk! Main juga dengan bebanan yang berat, yang anda boleh buat 1-3 rep atau 5 rep. Asyik main ringan sahaja, macam mana nak jadi kuat. Sama pula, main secara duduk pun ada kekurangan (dan kelebihan) daripada overhead pressing berdiri.
4- Bawa Bebanan Berjalan-Jalan
Main berat-berat secara statik dan tak bergerak itu satu cara latihan, bawa bebanan itu berjalan pula adalah cara latihan yang lain. Mungkin ramai boleh deadlift 200kg, tapi bolehkah mereka deadlift 200kg dan berjalan-jalan dengan muka menahan perit sejauh 20-40m? Kalau anda tak cuba lagi yoke walk, farmer’s walk, tyre flip, anda tak merasai lagi potensi latihan kekuatan dengann sepenuhnya!