Fokus Otot Back Anda Dengan Senaman Ini

Aiman Radzi - Fokus Otot Back Anda Dengan Senaman Ini

Senaman ada dua jenis, iaitu senaman compound dan senaman isolation. Compound bermaksud senaman tersebut menggunakan lebih daripada satu otot dan sendi untuk bergerak, manakala isolation memberi fokus pada satu jenis pergerakan sahaja. Ia mengerjakan satu jenis otot dalam satu masa.

 

Untuk senaman back, anda tidak patut tinggalkan senaman isolation untuk otot latissimus dorsi iaitu DUMBBELL PULLOVER. Senaman ini akan mengembangkan back anda dengan baik!

 

Cara melakukan DUMBBELL PULLOVER:

  1. Anda boleh guna flat bench ataupun decline bench.
  2. Gunakan dumbbell yang tidak begitu berat.
  3. Mulakan dengan dumbbell berada tegak dalam garisan dada.
  4. Tolak ke belakang. Tangan anda tidak perlu terlalu bengkok.
  5. Turun secara perlahan-lahan dan fokus pada regangan otot back anda.
  6. Tolak semula ke atas sampai ke paras dahi.
  7. Ulang sebanyak 8-12 rep dengan beban sederhana untuk 4 set.
  8. Rehat 45-60 saat sahaja antara set.

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)

Komen Facebook