16195993_868251666650480_515252263158081452_n

 

 

Kesedaran masyarakat sekarang tentang pentingnya mengiraan kalori dalam penurunan berat badan semakin meningkat.

Namun, masih ada yang cuba untuk mengambil jalan pintas setelah mengetahui cara untuk kita kalori.

Tahukah anda? Jika anda mengurangkan kalori terlalu banyak, badan anda akan lebih cepat menjadi gemuk semula.

Seperti yang anda tahu, jika kita mahu menurunkan berat badan atau membakar lemak, kita perlu kurangkan sedikit kalori dari Jumlah Keperluan Kalori Harian kita. Apa yang berlaku adalah bila badan kekurangan sedikit tenaga, maka badan akan gunakan lemak sebagai sumber tenaga semasa melakukan apa-apa pekerjaan.

Tetapi apa yang berlaku jika kita terlalu ghairah mengurangkan kalori dengan banyak?

Apa yang berlaku adalah, badan kita akan memecahkan otot bagi mengurangkan kadar metabolisma badan.

Sekarang, mungkin anda, lagi-lagi wanita akan lega dan tak kisah jika otot dipecahkan. Sebab tak nak jadi sado kn?

Sebenarnya anda perlu risau. Kenapa? Tujuan badan memecahkan otot adalah untuk mengurangkan kadar metabolisma agar ia tidak lagi merasa lapar. Badan kita akan berada dalam ‘surviving’ mode. Bila otot dipecahkan dan metabolisma berkurang, maka kurang tenaga yang akan digunakan dalam pekerjaan dan pergerakan seharian.

Saya beri contoh mudah.

Jika satu syarikat sedang mengalami kerugian atau bankrap, apa yang berlaku adalah mereka akan membuang pekerja agar duit yang tinggal cukup untuk membayar gaji pekerja yang tinggal.

Begitu juga badan. Ia mengurangkan pekerjanya(otot) agar badan dapat menampung duit syarikat(tenaga) yang sedikit.

Tetapi bagaimana boleh gemuk pula?

Apabila metabolisma menjadi rendah. Dan tiba masanya anda makan sedikit lebih sebagai cheat-meal, atau program penurunan berat badan anda sudah berakhir. Kemudian anda makan seperti biasa. Tenaga yg diambil dari makanan akan dikira banyak oleh badan. Dan tenaga berlebihan ini akan ditukar semula kepada lemak.

Dengan metabolisma sebegini rendah, untuk memanfaatkan tenaga yang badan ‘sangka’ ianya banyak. Maka pengumpulan lemak akan kembali berlaku.

Jalan penyelesaian.

Anda perlu bina kepadatan otot melalui latihan kekuatan. Ini akan membantu meningkatkan semula metabolisma apabila lebih banyak sel otot yang akan mengunakan lebih banyak tenaga.

#tipsbukhairi