Cemburu Admin tengok badan yang kering-kering shredded habis dekat gym. Apabila ditanya kepada mereka tips-tips untuk jadi lebih lean, mereka mengatakan yang anda kena jaga pemakanan dahulu. Itu nombor satu! Tak kira berapa banyak senaman anda buat, hardcore atau tidak, kalau pemakanan tak jaga, memang tak akan jadi.

 

Kemudian, Admin tanya tentang latihan mereka. Katanya, mereka selalu amalkan giant set untuk menjimatkan masa dan kekalkan intensiti pada tahap tinggi melalui kiraan degupan jantung.

 

Giant set adalah set yang melibatkan banyak senaman dilakukan secara berterusan. Ada yang buat sampai 7-8 senaman sekali jalan dalam 1 set, dan ada yang buat lagi banyak! Satu sahaja, buat giant set memang meletihkan, lagi-lagi kalau anda guna beban yang berat.

 

Biasanya, giant set melibatkan banyak senaman kompaun, tak kira guna freeweights atau guna mesin. Semestinya, guna freeweights adalah lebih baik, tetapi ia lebih susah lagi-lagi semasa anda penat (dan giant set memang memenatkan). Ada yang buat giant set guna bebanan yang mereka boleh buat 20 rep, ada yang buat guna bebanan yang mereka hanya mampu 8 rep. Itu ikut pada keselesaan anda. Admin cadangkan guna bebanan sederhana untuk 10-15 rep.

 

Giant set biasanya dilakukan secara full body. Maksudnya, senaman anda buat akan melibatkan semua otot dalam badan. Sebagai contoh, mulakan dengan squat dahulu, kemudian pergi ke overhead press, selepas itu buat barbell row, sambung kepada skullcrushers, dan diakhiri dengan biceps curl. Nampak bagaimana senaman-senaman ini mensasarkan otot kaki, dada, bahu, back, dan otot tangan anda? Yang penting, antara senaman tiada rehat. Ia adalah berterusan dan rehat anda hanyalah selepas habis semua senaman itu! Kemudian, ulanglah lagi kitara tersebut beberapa kali lagi.

 

Guna sekali supplement bakar lemak terbaik di pasaran sekarang seperti Mega Rasp daripada Superior14 untuk proses cutting paling mantap sekali. Dapatkannya di Dee Gym Supplement sekarang!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)