Grip Anda Hilang Semasa Mengangkat Bebanan? Baca Tips Berguna Ini

Pasti sepanjang anda bermain gym anda pernah hilang kawalan grip atau pegangan semasa mengangkat bebanan. Anda tidak boleh salahkan tangan anda yang kecil kerana ianya bukan diukur pada saiz tetapi pada kekuatan grip anda.

Jika bar yang anda angkat itu tergelincir dari tangan anda semasa deadlift atau latihan lain, bermaksud cengkaman anda tidak cukup kuat. Anda kena tahu bahawa anda boleh mempunyai isu cengkaman ini walaupun anda tidak merasakan diri anda kehilangan grip. Cengkaman yang lebih lemah akan membawa kepada kekurangan daya ke bar, yang akan menghadkan jumlah berat yang boleh anda gerakkan. Jadi anda susah untuk beralih kepada bebanan yang berat jika cengkaman anda masih lemah.

Terdapat dua cara untuk mengesan ini. Pertama, jika anda boleh menggunakan 10-15% lebih berat dengan straps daripada tanpa straps, cengkeraman anda lemah. Begitu juga, jika anda sentiasa menarik dengan perlahan bila beratnya melebihi 80%, bermaksud cengkaman anda lemah. Berikut adalah satu cara untuk meningkatkan kekuatan cengkaman dengan cepat:

The Pinch Grip Deadlift

Anda boleh menggunakan weight atau menggunakan batang barbell itu sendiri. Mulakan dengan bebanan yang ringan pada minggu pertamn dan naikkan kepada bebanan yang lebih berat pada minggu kedua dan seterusnya. Ia mampu membaiki kekuatan grip anda.

Entri Oleh: Fakhrul Islam

#deegymsupplement

Komen Facebook