Gula Dalam Milo Tak Salah

Hairan betul Admin dua-tiga hari ini. Viral pula isu tentang Milo, katanya gula dalam Milo terlalu tinggi (40%), tak sesuai dilambangkan sebagai minuman kesihatan.

 

Kalau dalam iklan-iklan, memang milo dijenamakan sebagai minuman untuk memberikan anda tenaga. Kanak-kanak, tak lari juga orang dewasa, memang sukakan Milo. Ada yang minum hari-hari, ada yang minum seminggu sekali, dan ada juga setiap masa minum Milo.

 

Sejak viralinya isu Milo dan gula, kuat betul kecaman dikenakan oleh netizen terhadap syarikat Nestle yang mengeluarkan Milo. Katanya, Milo adalah salah satu punca kepada kegemukan yang berleluasa di Malaysia. Sama juga dengan penyakit kronik seperti kencing manis, Milo mendapat nama.

 

Sedarlah, Milo tak salah dalam hal ini. Bukan sebab Admin dapat tajaan daripada Milo! Kegemukan bukan berpunca daripada Milo, daripada gula, daripada makan pizza, tidak sama sekali. Punca utama kenapa rakyat Malaysia gemuk, ataupun rakyat dunia mengalami masalah obesiti, adalah kerana KETAGIHAN.

 

Memang Milo bergula banyak, Admin tak nafikan. Tetapi, tak ada sesiapa suruh anda minum Milo bercampur susu dan gula tambahan setiap hari. Sama juga, tak ada sesiapa wajibkan anda minum air manis, makan junk food, makan makanan berminyak setiap hari. Anda bertanggungjawab atas apa yang anda masukkan ke dalam mulut anda.

 

Mereka adalah penjual, dan tugas mereka adalah menjual produk mereka. Bukannya tugas mereka menyuap produk mereka ke dalam perut anda. Sebaliknya, itu adalah hak anda sendiri untuk memilih produk yang mana dan berapa banyak anda nak makan.

 

Mana ada orang gemuk sebab makan nasi 8 pinggan sehari? Mana ada orang gemuk makan burger 3 biji sehari? Mana ada orang gemuk sebab minum Milo dinosaur hujung minggu? Gemuknya mereka adalah sebab makan keterlaluan, tanpa had, tanpa kawalan diri, setiap hari!

 

Admin kena tekankan lagi, takut ada yang baca tajuk ataupun baca sepintas lalu taknak baca habis tapi jenis keyboard warrior. Masalah kegemukan adalah berpunca daripada diri anda sendiri, bukannya orang lain. Apa-apa pun, Admin cuma nak nyatakan, Milo tak tulis di bahagian cadangan penyediaan untuk campurkan susu pekat dan gula tambahan.

 

Dapatkan lagi banyak tips dan informasi bina badan di Dee Gym Supplement sekarang!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook