Guna Mesin Atau Pakai Free Weights?

Anda peminat yang mana? Berlatih menggunakan mesin ataupun pakai free weights seperti barbell dan dumbbell sahaja? Ada yang mencari gym yang penuh dengan mesin, ada pula yang cari gym dengan dumbbell melebihi 50kg.

Latihan dengan dua-dua alat ini menawarkan kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Walaupun begitu, kita akan lihat yang mana paling baik untuk anda utamakan.

Mesin Vs. Free Weights (Keselamatan)

Jika kita lihat dari segi keselamatan, mesin menaungi bahagian ini. Kalau free weights, beban yang anda angkat perlu ditampung 100% oleh anda. Apa jadi kalau anda terlepas dan beban terhempap muka anda, atau tertimpa kaki anda? Mesin pula boleh dilepaskan dengan kerisauan yang minima kerana kebanyakan mesin sangat selamat digunakan.

Mesin Vs. Free Weights (Variasi Senaman)

Dengan menggunakan dumbbell atau barbell sahaja, anda boleh latih seluruh badan anda dengan menukar-nukar posisi beban sahaja. Anda boleh latih bahu, tangan, abs, back, chest, kaki, betis, dan macam-macam lagi! Berbanding dengan mesin, anda memang kena ada mesin khas untuk bahagian tersebut. Belum pernah saya lihat orang guna mesin chest untuk latih betis. Jadi, kalau gym tersebut kekurangan barang, susahlah untuk anda berlatih kalau anda jenis gunakan mesin sahaja, bukan?

Mesin Vs. Free Weights (Bina Otot)

Yang ini adalah perlawanan yang mempunyai pengakhiran seri. Kerana apa? Kedua-duanya mampu membina otot dengan baik jika digunakan dengan teknik yang betul. Paling penting adalah fasa eksentrik di mana anda mengawal penurunan beban. Tetapi, ada satu lagi komponen yang anda kena lihat. Selagi anda tak buat komponen ini, latihan bina otot menggunakan mesin akan kalah dengan penggunaan barbell dan dumbbell. Apakah komponen tersebut?

Mesin Vs. Free Weights (Bina Kekuatan)

Komponen yang dimaksudkan adalah latihan kekuatan di mana, tanpa penafian, penggunaan free weights menjulang piala kemenangan dalam bahagian ini. Dan, melalui komponen ini juga, freeweights memenangi keseluruhan perlawanan. Sedikit sukar untuk anda bina kekuatan seluruh badan dengan penggunaan mesin kerana ia tidak versatile seperti free weights. Kekuatan sangat penting untuk pembinaan otot. Kalau anda hanya angkat 5kg sepanjang latihan, sampai bila nak besar?

Keputusannya?

Latihan menggunakan free weights menjuarai perlawanan ini. Memang anda kena utamakan latihan free weights, dan cari juga gym yang mengutamakan barang-barang free weights. Tetapi, adakah ini bermaksud anda tidak patut latih gunakan mesin? Bukan, utamakan free weights, habiskan latihan dengan mesin. Bukannya mula dengan mesin, habis dengan mesin, kadang-kadang guna free weights.