Guna Mesin Unilateral Untuk Kenaikan Otot Seimbang

Ada sebahagian daripada kita mempunyai masalah kenaikan otot tidak seimbang. Ia boleh diperjelaskan dengan bentuk otot yang tidak sekata (kiri dan kanan) dan kekuatan yang tidak sama.

Pernah rasa tak tangan sebelah lagi kuat daripada yang lagi sebelah? Mungkin waktu anda buat bench press, sebelah senget. Atau, waktu anda buat one-arm dumbbell row, tangan sebelah memang tak kuat nak habiskan rep. Inilah kita panggil tidak seimbang.

Cara mudah untuk menangani masalah ini ialah melebihkan latihan unilateral, samada dengan menggunkan dumbbell ataupun mesin. Admin lebih gemar gunakan mesin Hammerstrength secara unilateral.

Apakah maksud unilateral? Maksudnya, otot anda akan berkerja secara berdikari, kiri dan kanan. Kalau guna mesin, pegang sebelah-sebelah. Untuk lebih efektif, gunakan kaedah paused apabila anda buat secara unilateral.

Kalau guna mesin biasa atau freeweights secara momentum, bahagian yang kuat akan mengambil alih banyak kerja yang selatutnya dilakukan oleh bahagian yang lemah ini. Jadi, dengan kaedah unilateral, anda akan paksa bahagian lemah untuk jadi sama-sama kuat.

Komen Facebook