Guna Teknik 1.5 Rep Untuk Bina Chest

Bench press ialah senaman asas untuk chest. Ramai buat flat bench press, tetapi tak ramai buat incline bench press. Ini menyebabkan bahagian chest mereka banyak kekurangan di bahagian atas (clavicular head). Kebanyakan gymmers mempunyai chest yang tebal di tengah dan bawah (sternal head).

 

Untuk mengubati masalah ini, anda kena buat incline bench press. Cumanya, tak semua orang dapat rasa dan buat senaman ini dengan betul supaya mereka dapat aktifkan otot chest bahagian atas. Ada yang rasa lebih pada triceps lagi. Macam mana nak tangani masalah ini?

 

Mudah sahaja, dengan mengubah sedikit gaya anda melakukan senaman tersebut, anda dapat letakkan lebih banyak fokus pada otot bahagian atas tersebut. Bagaimana? Gunakan cara 1.5 rep, iaitu dengan menurunkan bebanan ke dada, kemudian menolak separuh sahaja, menurukannya semula, dan menolak sehingga tangan lurus. Itu dikira sebagai satu rep sahaja (meskipun anda buat 1.5 rep).

 

Gunakan bebanan yang anda hanya boleh buat 12-15 rep untuk incline bench press dan lakukan teknik 1.5 rep ini sebanyak 8-10 rep. Itu sudah memadai untuk buat chest anda rasa terbakar dan berapi! Anda akan rasa kesakitan otot yang sangat memuaskan pada keesokan hari.

 

Rujukan: https://www.t-nation.com/training/tip-the-scientific-cure-for-a-flat-upper-chest

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook