Guna Tip Ini Untuk Bakar Lemak Dengan Mudah

Aiman Radzi - Guna Tip Ini Untuk Bakar Lemak Dengan Mudah

Mengejar masa untuk menjadi lebih lean dan shredded? Mungkin anda sedang bersiap untuk memasuki sebarang pertandingan bina badan ataupun badan cantik. Jangan risau, kami ada sediakan beberapa tip mudah yang jika diamalkan, akan buat badan anda lebih garing dalam masa yang sangat singkat!

 

1- Kurangkan Masa Rest Antara Set

Untuk membakar lemak dengan berkesan, anda kena berlatih secara intensiti tinggi. Cara paling mudah untuk menaikkan intensiti latihan adalah melalui pengurangan masa rehat antara set latihan anda. Kalau sebelum ini anda rest sampai 2-3 minit, hadkan sampai 1 minit sahaja. Kalau anda nak lagi power, cuba rehat dalam 30-45 saat sahaja antara set. Jantung anda akan berdegup laju, dan itu yang kita mahukan!

 

2- Minum Banyak Air

Air adalah rakan anda jika anda ingin menjadi lean. Sebabnya, air akan bantu anda untuk singkirkan lemak dan berat yang berlebihan. Tambahan pula, minum lagi banyak air akan singkirkan lagi banyak air. Apabila anda dapat singkirkan banyak air, otot anda akan nampak lebh garing daripada biasa. Kesilapan ramai untuk nampak garing adalah tidak minum air yang banyak untuk beberapa tempoh sebelum pertandingan. Kemudian, hampir-hampir dekat dengan masa lawan baru nak minum air banyak. Kita akan bincang teknik untuk water loading bagi memperjelaskan lagi definisi otot anda dalam entri yang lain.

 

3- Banyakkan Senaman Kompaun Full Body

Nak cepat bakar lemak? Buat banyak senaman kompaun yang melatih seluruh badan. Antara senaman yang sangat berkesan untuk bakar lemak (seiring dengan penggunaan tip-tip ini) adalah seperti squat, bench press, deadlift, barbell row, dan overhead press. Kalau anda boleh superset ataupun buat satu giant set (buat semua senaman tersebut secara litar), jantung anda akan bergerak dengan sangat laju dan anda boleh ucapkan selamat tinggal pada lemak-lemak anda. Mereka pun takut nak tinggal dalam tubuh anda!

Komen Facebook