Untuk bersenam dalam gym, anda boleh ubah-ubah jumlah rep, set, dan bebanan yang digunakan bagi menepati kebolehan diri. Tetapi, macam mana nak cabar diri untuk pergi lagi jauh? Admin nak kongsikan beberapa tip untuk anda guna supaya anda rasa lebih kuat di gym nanti!
Minum Kafein Sikit
Kurangkan minum minuman berkafein dan hanya ambil kafein (seperti teh, kopi, dan preworkout) sebelum anda workout. Ini akan pastikan badan anda bertindak secara maksimum terhadap bahan kafein ini yang meningkatkan tenaga badan anda. Kalau dah selalu minum kopi, badan jadi lali dengan kafein. Sebab itu, kadang-kadang minum preworkout macam tak ada apa-apa!
Warmup Cukup-Cukup
Jangan terus main berat-berat di gym! Otot yang tak warmup tidak dapat berfungsi secara optimum. Buat senaman ringan-ringan dahulu bagi panas badan dan masuk ke “mood” workout anda. Gunakan bebanan dalam 50% daripada berat biasa anda guna dan repping untuk warmup.
Guna Teknik Visualisasi
Orang yang berjaya (tak kira dalam apa-apa sahaja) membayangkan mereka sudah berjaya dalam apa yang mereka lakukan. Dalam hal senaman, anda kena bayangkan yang anda dah berjaya habiskan set tersebut sebelum anda mula lagi. Apabila saya cakap “bayangkan”, saya memang maksudkannya! Anda kena nampak dalam kepala sendiri yang anda dah berjaya habiskan set-set yang susah tersebut. Ini adalah teknik visualisasi yang terbukti berkesan.
Cari Lagu Bersesuaian
Janganlah dengar lagu mendayu-dayu, jangan dengar lagu dangdut, lagi jangan dengar lagu balada waktu workout. Bukan tak boleh, semua itu bergantung pada kesukaan diri. Tetapi, rentak, melodi, dan lirik lagu memainkan peranan dan memberikan kesan terhadap prestasi kita dalam gym. Tak percaya? Cari dalam YouTube lagu-lagu rancak dan bermotivasi, dengar waktu workout!
Diolah daripada: https://www.bodybuilding.com/content/7-tips-to-help-you-pack-on-more-plates-during-your-next-workout.html