Anda biasa dengar tentang senaman UPRIGHT ROW? Ia adalah senaman yang akan bina shoulder dan back, cumanya ia kurang sesuai dilakukan dengan barbell. Jadi, apakah modifikasi yang anda boleh buat untuk senaman ini? Gunakan momentum semasa mengangkat!

Senaman ini dipanggil HIGH PULL dan ia sangat sesuai untuk membina power, kekuatan, dan otot seluruh bahagian badan atas anda.

 

Anda boleh ubah-ubah cara pegang, samada lagi lebar ataupun lagi rapat. Ini akan mensasarkan otot-otot yang berbeza. Kalau anda ingin main berat-berat, gunakan wrist strap untuk membantu anda.

 

Admin cadangkan anda buat senaman ini secara 5×5 iaitu 5 rep bersama 5 set. Rehat antara set diletakkan antar 60-90 saat. Pastikan anda guna momentum dengan cara yang betul.

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)