Ada banyak jenis senaman yang anda boleh lakukan untuk membina otot. Ada juga daripada senaman-senaman ini yang bantu untuk meningkatkan rembesan testosteron secara semulajadi. Anda nak buat atau tidak sahaja, itu persoalannya.
Senaman-senaman yang saya maksudkan adalah seperti squat, bench press, deadlift, dan macam-macam lagi. Senaman-senaman ini merupakan senaman kompaun yang banyak mendatangkan manfaat kepada dunia bina badan.
Ada satu senaman yang mendatangkan kelebihan yang banyak juga tapi jarang dilakukan. Senaman ini akan menguatkan bahagian pinggul, pinggang, kaki, dan juga imej kelelakian anda.
Senaman yang dimaksudkan ialah senaman hip thrust. Kalau anda betul-betul lelaki sejati, dah memang akan buat senaman ini dalam rutin latihan anda. Mungkin sebelum ini anda tak tahu, tapi sekarang anda dah tahu.
Senaman hip thrust menggunakan barbell dan juga bebanan yang berat yang anda boleh angkat. Kalau ada nak jadikan senaman ini sebagai latihan hypertrophy, anda boleh gunakan jaringan sedikit. Tapi biasanya orang akan gunakan bebanan yang berat.
Anda juga digalakkan untuk menggunakan padding bagi mengurangkan tekanan pada sendi pinggul anda. Guna sahaja squat pad yang orang gunakan untuk senaman squat.
Pastikan bangku yang anda guna kukuh dan stabil. Jangan gunakan bangku yang bergoyang-goyang kerana senaman ini juga berisiko. Jika anda terjatuh ia boleh mengundang bahaya.
Anda akan rasa lebih tekanan pada otot punggung dan juga hamstring. Senaman ini akan bantu untuk menguatkan lagi squat dan deadlift anda. Cuma nak kena konsisten buat senaman tersebut.