Hormon adalah seperti air. Semua perlukan dan ianya sangat sangat penting. Dalam dunia bina badan dam fitness hormon sangat memainkan peranan penting sama ada membina otot atau membakar lemak. Orang yang tidak melakukan senaman dan pergi ke gym tetapi mempunyai otot yang besar dan badan yang lean adalag kerana hormon. Seseorang yang memakan banyak namun badan tidak naik beratnya juga adalah kerana hormon. Jadi, kepentingannya perlu kita ambil berat. Sebelum itu mari kenali hormon-hormon penting dalam membina otot.

Hormon pembina otot adalah hormon yang dinamakan anabolik. Di bawah anabolik terdapat 4 hormon penting yang menyokong tumbesaran otot.

1. Testosteron

Ia adalah raja segala hormon tumbesaran dan ianya terpenting. Semua lelaki mempunyai kadar hormon ini yang lebih banyak berbanding wanita. Mengapa ia dipanggil raja hormon?

Ini kerana ia merembeskan hormon tumbesaran, insulin, dan menghasilkan protein sekaligus. Hormon ini jugalah yang membezakan badan anda dengan badan orang lain. Jika anda lihat, orang lain yang mempunyai badan yang berotot banyak, itu adalah tanda hormon testosteronnya lebih banyak dari anda.

2. Growth hormone

Ia adalah hormon yang memberi punca untuk anda membesar. Ia berfungsi untuk membantu menghasilkan protein, membenarkan laluan amino asid, mengurangkan karbohidrat dalam badan. Hormon ini akan terhasil semasa anda melakukan senaman dan paling banyak ketika anda sedang tidur. Oleh itu, jika anda tidak mendapat tidur yang cukup, anda akan terlepas pertumbuhan otot.

3. Insulin

Ini juga merupakan hormon terpenting kerana ia menggerakkan amino asid masuk ke dalam sel otot anda. Namun hormon ini juga membantu menyediakan tempat untuk lemak dan membantu penghasilan lemak jika ia berada di tahap yang tinggi. Jadi anda harus berhati-hati dengan mengelakkan terlampau banyakknya pengambilan carbs. Sebaliknya ambil banyak protein untuk meminimakan kadar insulin.

Entri: Fakhrul Islam