Ayam dan daging seringkali dikaitkan dengan pertumbuhan otot dan diet. Ini kerana kandungan proteinnya yang tinggi yang membantu dalam pembinaan otot.
Namun, tidak semua yang menekankan ikan sebagai makanan asas untuk diet. Ikan juga seharusnya patut dikaitkan dengan makanan bagi membina otot dan diet membakar lemak. Mari kita lihat kebaikan haiwan lautan ini.
1. Ikan adalah lean
Ini bermaksud ia dikategorikan sebagai clean diet. Ini kerana ikan mengandungi kurang lemak berbanding protein dari ayam dan daging. Jumlah proteinnya pula adalah tidak jauh beza dari ayam dan daging. Di samping itu, ikan seperti salmon mengandungi Omega-3 yang membantu dalam penghantaran asid amino ke sel otot.
2. Mengandungi lemak yang sihat
Di samping tinggi protein dan kurang lemak dan kalori, ikan mempunyai lemak yang baik untuk keperluan badan. Berbanding lemak di kaki ayam, peha dan lemak daging, lemak pada ikan adalah yang terbaik kerana ia adalah omega-3. Ini adalah perlu bagi mengelakkan pemecahan sel-sel otot.
Lemak ini juga mrmbantu mengahsilkan lebih glycogen. Dengan ini penghantaran carbs ke dalam badan dapat berlangsung bagi memberi pertumbuhan otot yang baik.
3. Tinggi kandungan mineral
Ikan mrngandungi banyak mineral. Antara yang ingin ditekankan di sini adalah iodine iaitu mineral yang berkait dengan kadar metabolisma anda. Iodine adalah mineral yang membantu dalam peningkatan metabolisma dan pembakaran kalori.
4. Mudah dihadam
Jika melihat kepada tekstur ikan, ianya lebih lembut, tidak liat dan mudah dicubit berbanding ayam dan daging yang liat. Ini membawa kepada ikan mudah dihadam bagi mendapatkan protein dengan pantas ke sel-sel otot anda.