Semua benda nak mudah, inilah lumrah manusia. Tidak mengapa, kalau ada jalan yang mudah, kenapa nak teruskan dengan yang susah?
Kami nak kongsikan dengan anda perkara-perkara yang boleh memudahkan proses untuk membakar lemak dan menjadikan badan anda lebih shredded. Bukanlah bermaksud anda malas kalau anda gunakan tips-tips ini, sebaliknya ia bermaksud anda adalah pengguna yang bijak.
Satu tips kami nak kongsikan kepada anda yang jika diamalkan dengan konsisten boleh memudahkan lagi perjalanan fitness anda, iaitu jangan makan 3 jam sebelum anda tidur. Kenapa? Ia bermain dengan nafsu makan anda.
Banyak dah kajian dilakukan, sebenarnya tak ada masalah makan waktu malam. Ia tak menggemukkan. Yang menjadikan gemuk adalah makan terlebih tak kira pagi atau malam.
Cuma, apabila anda kerap makan lewat malam, mudah untuk anda terlebih makan, atau disebut sebagai binge eating. Inilah punca utama kenapa ramai susah nak kurus. Mereka makan ikut nafsu.
Kalau anda makan banyak waktu breakfast, kebanyakan kajian mendapati nafsu makan anda senang untuk dibendung. Sebab itu anda kena makan breakfast. Jika tidak, nanti lewat petang atau malam, anda nak gantikan makan pagi, anda akan makan sesuka hati.
Jadi, dengan menghadkan anda makan 3 jam sebelum tidur, anda akan melatih diri untuk makan secukupnya pada waktu matahari terlihat. Dengan maksud lain, mudah untuk anda kawal selera makan.
Tengoklah rakyat kita, lewat malam suka lepak makan di kedai mamak. Nampak kata di sini, lewat sehingga nak sampai waktu tidur. Kita mudah untuk makan mengikut nafsu. Anda ubah yang ini, anda selangkah ke hadapan.
Entri: Aiman Radzi