Definisi
Isolation adalah suatu jenis senaman di mana kita menggunakan bebanan yang memfokuskan hanya satu bahagian otot sahaja. Ia amat terbatas berbanding senaman ‘compound’ yang mengenakan beberapa otot pada suatu masa.

Jika dikaitkan dengan maksud yang di luar istilah gym, isolation ini digunakan oleh pakar terapi untuk menentukan dan menguatkan otot-otot selepas pembedahan.

Jadi mengapa sesetengah individu melakukan senaman jenis ini?

Senaman ini membolehkan kita fokus pada satu bahagian dengan lebih baik dengan cara yang betul. Kita boleh memilih berat yang selesa dengan kita dan melakukan dengan jumlah reps yang tertentu sehingga benar-benar tegang.

Biasanya ahli bina badan akan melakukan senaman ini di akhir senaman mereka bagi menumpukan dengan baik pada otot yang tidak dikerjakan dengan baik semasa senaman biasa mereka. Hal ini kerana senaman ini memberikan tekanan yang maksima kepada otot anda secara terus, jadi sesuai untuk anda yang ingin menguatkan sesetengah otot sahaja seperti biceps, triceps, kaki dan sebagainya.

Contoh senaman isolation:

Chest Fly: boleh guna dumbell atau mesin. Ia menumpukan otot dada.

Dumbbell Side Raise: membentukkan deltoid (otot bahu)

Wrist Curl: menguatkan lengan.

Flat Bench Press: menumpukan bahagian dada.

Bicep Curls: memfokuskan otot biceps sahaja. Boleh gunakan mesin, cable, atau dumbell.

Tricep Press-Down: membentukkan Triceps.

Tricep Extensions: memberi tekanan pada triceps.

Quadriceps Leg Extensions: menguatkan bahagian kaki menggunakan mesin.

Back Extension: membentuk bahagian belakang anda.

Kesimpulannya, senaman ini juga termasuk dalam senaman yang penting bagi individu yang ingin membentuk dan mengukuhkan lagi kekuatan otot anda. Lakukanlah ketika anda selesai melakukan senaman harian anda untuk memberi kesan yang lebih padu.

Entri Oleh: Fakhrul Islam