Isu yang selalu berlaku adalah isu di mana kekeliruan orang ramai terhadap fungsi dan kepentingan dua perkara ini. Mari kita fahami dulu.
Isolation
Isolation adalah senaman yang secara umumnya mensasarkan satu-satu otot dengan lebih fokus dan terperinci. Biasanya melalui isolation bebanan yang ringan digunakan dengan kadar reps yang agak banyak. Antara contoh isolation adalah senaman yang melibatkan mesin atau cable atau dumbell.
Big lift/senaman kompaun
Senaman kompaun pula biasanya lebih menggunakan bebanan biasanya tetapi dengan kadar reps yang minima dan set yang minima. Contohnya squat, deadlift, pull up, bench press, rowing dan banyak lagi.
Mana yang bagus untuk pertumbuhan otot?
Jawapannya tiada yang lebih bagus kerana masing-masing ada kekurangan dan kebaikan. Ia juga saling melengkapi. Anda tidak boleh bergantung pada senaman kompaun dengan mengatakan senaman ini merangsang pertumbuhan otot. Ya betul, namun sampai bila anda akan merangsang otot anda? Anda perlukan otot yang padu dan jitu yang kukuh dalamannya.
Dan itu membuatkan anda memerlukn isolation. Ia lebih mensasarkan sesuatu target otot anda dengan lebih baik. Hasilnya, pergerakan otot anda akan lebih baik, kekuatan otot anda akan diasah dan otot anda akan lebih terbentuk.
Contohnya, squat. Squat sangat bagus dalam merangsang tumbesaran otot quad, lower back, harmstring dan kestabilan. Namun apabila anda ada kaki yang lemah, anda perlu melatih bahagian yang lemah dahulu. Dan itulah muncul senaman seperti leg extension dan sebagainya.
Cara terbaik, anda gabungkan kedua jenis senaman ini. Contohnya, jika hari ini anda lakukan bench press, supersetkan dengan pelbagai isolation untuk dada anda. Atau anda boleh buat di hari seterusnya.