Untuk jadikan otot anda padu, anda kena makan secara betul dan berlatih dengan betul. Gunakan supplement yang betul-betul membantu anda untuk membina badan. Siapa yang tak mahu otot mereka jadi lebih padat dan padu? Selalunya, tengok yang bulking-bulking ni nampak sebu sahaja.
Admin nak share apa yang anda boleh lakukan untuk dapatkan otot yang lebih padat!
1. Berlatih Secara Strength Mode
Amalkan latihan kekuatan dengan bebanan berat sebab ia akan merangsang gentian otot jenis 2 iaitu yang bersaiz besar dan kuat. Gentian otot ini akan distimulasikan untuk tumbesaran apabila anda menggunakan bebanan dalam jarak 3-5 rep (anggaran) tetapi ia berbeza antara individu.
2. Amalkan Isolation High Reps
Walaupun anda main berat untuk strength, ini tidak bermakna anda patut tinggalkan terus latihan yang ringan banyak reps. Gunakan teknik pump tersebut untuk senaman-senaman isolation selepas anda selesa melakuan latihan utama iaitu latihan strength tadi.
3. Gunakan Tribulus Testo 2500
Tribulus Testo 2500 direka khas untuk meningkatkan fokus anda semasa bersenam. Ia juga boleh mendorong kepada kepejalan otot yang lebih mantap! Amalkan 2 biji sebelum workout yang hardcore. Kelebihan lain penggunaan supplement ini adalah bagi mereka yang sudah berkahwin (sendiri mau fahamlah). Mana nak dapat supplement ini? Jangan risau, Dee Fitness ada bekalkannya!
4. Pemakanan Tinggi Protein
Selain daripada latihan, pemakanan adalah faktor penting untuk membina otot yang pejal, mantap, padu, power, dan macam-macam lagi. Pertamanya, anda kena makan banyak protein. Kedua, anda kena timing pemakanan anda. 2-3 jam sebelum workout, makan dahulu. Kemudian, semasa workout, minum BCAA. Selepas workout, makan juga makanan tinggi karbohidrat dengan protein. Ini akan tingkatkan serapan protein ke dalam otot.
5. Jangan Tak Workout Lebih 3 Hari
Ini dikira tip asas kepada semua penggemar dunia besi. Kita tak patut tinggalkan workout melebihi 3 hari. Macam mana sekali pun, datang ke gym dan workout juga pada hari ketiga! Sebab itu, wujudnya program latihan yang mementingkan keberkesanan dan bukan kekerapan anda pergi ke gym. Latihan seperti 5×5 Stronglift menggalakkan anda pergi ke gym 3 kali sahaja seminggu, tetapi kesannya menakjubkan!
Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)