Jaga Etika Anda Di Gym Tak Kira Sedang Puasa Atau Tidak!

Peraturan diadakan untuk menjaga keamanan. Etika di dalam gym juga begitu. Bukan sahaja ia diadakan untuk menjaga peralatan gym, malah ia untuk keselamatan anda.

1- Pakai Kasut

Jika anda masuk ke dalam gym, pastikan anda memakai kasut. Kalau anda nak bersenam tak pakai kasut, pastikan anda berada pada satu tempat sahaja. Jangan jalan merata tempat.

2- Jangan Sepahkan Dumbbell

Kalau dah pandai ambil dan guna dumbbell, maka pandaikanlah diri itu juga untuk meletakkan peralatan anda guna di tempatnya. Orang lain nak guna, lagi teruk kalau bersepah sampai orang tersepak.

3- Lap Peluh Anda

Anda baring atas bangku tadi? Nampak kesan berpeluh anda pada bangku tersebut? Dah bercorak-corak jadinya. Kalau dah tahu begitu, laplah guna kain. Kalau boleh sembur sedikit pencuci.

4- Jangan Pulaukan Barang

Kumpul berpuluh-puluh dumbbell, plate, dan duduk pada satu mesin sampai dekat sejam. Ini bukan amalan yang bagus. Ingat, bukan anda seorang nak gunakan peralatan gym tersebut. Lagi teruk, duduk dah lah lama dekat alat tersebut, main telefon bimbit lagi.

5- Jangan Ganggu Orang Lain

Nampak otai tersebut tengah workout? Jangan pergi kacau tanya macam-macam sekarang. Tanya lepas dah habis workout. Ataupun, anda nampak senaman pelik sikit? Jangan terus terjah untuk menegur. Jika ia tidak mendatangkan risiko tinggi, tegur selepas habis senaman.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook