Jangan Anda Buat Kesilapan Ini Semasa Latihan Six Pack

Admin harini ternampak seseorang buat satu senaman abs dengan cara yang kurang betul. Senaman ini membina bahagian obliques, iaitu bahagian tepi abs yang akan berikan ilusi “V” pada bahagian abdomen anda. Nama senaman ini dipanggil side bends.

 

Walaupun ini bukan senaman terbaik untuk membina obliques, anda masih boleh lakukannya. Cuma, jangan buat kesilapan paling biasa ini, iaitu memegang dumbbell di kedua-dua belah tangan!

 

Sebelum itu, Admin minta maaf kerana tak dapat nak letak gambar, sebab ada beberapa masalah server. Admin harap ada faham apa yang Admin maksudkan.

 

Senaman side bends perlu dilakukan dengan hanya memegang satu dumbbell sahaja di sisi. Jika anda ingin melatih oblique kiri, maka pegang dumbbell di tangan kanan, dan turun ke kanan. Begitu juga sebaliknya untuk bahagian kiri. Kalau anda pegang dumbbell di kedua-dua bahagian, macam mana anda nak beri tekanan pada oblique? Sebabnya, dumbbell kedua akan jadi counterweight, memudahkan pergerakan anda.

 

Tetapi, seperti Admin kata, side bends bukanlah yang terbaik untuk membina oblique. Lebih baik anda buat Russian twist, Pallof press, dan suitcase deadlift untuk membina otot tersebut. Sekali lagi, Admin minta maaf tak dapat letak gambar.

 

Jadi, selepas ini kalau anda nak buat side bends, jangan pegang dumbbell di kedua-dua tangan. Guna sebelah sahaja!

 

Kalau anda nakkan lebih banyak tips bina badan, apa kata anda ikuti Dee Gym Supplement supaya anda tidak ketinggalan sebarang informasi kecergasan.

Komen Facebook