Anda tahu apakah maksud “spot” semasa bersenam? Yang anda selalu sebut support-support, sebenarnya istilah yang betul adalah “spot”. Anda hanya berada di belakang rakan anda untuk membantu jika dia tidak dapat mengangkat bebanan tersebut, bukannya tolong angkat kesemua rep yang dia buat. Ada dua maksud kalau anda kena tolong semua rep:

  1. Anda tak reti nak spot kawan-kawan anda sewaktu senaman.
  2. Kawan-kawan anda tak faham konsep sebenar latihan dengan spotter.

KENAPA ANDA SPOT?

Tujuan spotter adalah untuk membantu anda mengangkat semula beban apabila anda gagal untuk menghabiskan rep tersebut, dan juga memberikan sedikit semangat supaya anda terus habiskan set anda. Spotter juga boleh kata sebagai lifeguard anda, sebab kalau bench press anda buat dan tiba-tiba dah tak boleh tolak sendiri, teknik untuk selamatkan diri pun anda tak reti, spotterlah yang akan bantu selamatkan anda. Faham?

Kesalahan 1: Spotter Sentuh Besi Awal Sangat

Ada jenis daripada rep pertama, spotter dah mula sentuh besi dan tolong angkatkan sampai habis. Pelaku senaman hanya boleh buat 6 rep, tetapi spotter tolong angkat sampai 20 rep, sedangkan lagi baki 14 rep itu bukannya kudrat pelaku senaman, tetapi banyaknya datang daripada kudrat spotter. Siapa yang nak berlatih sebenarnya?

Kesalahan 2: Spotter Tak Faham Tugasnya

Kalau dah nampak pelaku senaman tak boleh nak angkat, janganlah jerit “one more” dekat telingat pelaku. Mahunya barbell terjatuh timpa muka kalau terus paksa! Salah satu tugasan spotter adalah untuk bantu apabila spotter dah nampak yang pergerakan barbell tidak lagi bertambah. Dengan kata lain, kalau dalam bench press, nampak barbell dah statik atau semakin menurun sedangkan dia sedang tolak, haa.. itulah masanya spotter kena bertindak.

Kesalahan 3: Spotter Tak Bagi Ruang

Faham, anda nak bersedia untuk bantu angkatkan bebanan kalau pelaku gagal habiskan set, tetapi janganlah duduk rapat sangat sampai seluar anda boleh tutup hidung pelaku senaman. Ada yang sampai peluh spotter menitik atas muka pelaku. Bukan itu sahaja, saya sendiri rasa pernah kena peluh spotter masuk mata sewaktu sedang bench press. Kalau masuk mulut? Aduhai…

Kesalahan 4: Spotter Tak Reti Teknik Spot

Kalau anda pernah tengok orang spot pelaku deadlift (biasanya dari hadapan), itu adalah simptom terbesar yang spotter tersebut tak reti teknik spot. Yang kedua, kalau anda tengok spotter turun sama squat di belakang pelaku squat, ia juga adalah simptom kepada penyakit yang sama. Sebenarnya, untuk spot juga memerlukan mereka yang berkemahiran dan berpengalaman. Jangan main minta orang lain untuk spot sahaja. Ini melibatkan nyawa.