Apabila kita bercakap tentang penurunan berat badan (atau fatloss), diet dan training sememangnya memainkan peranan besar untuk memastikan kejayaan dalam misi fitness anda.

Tapi adakah anda tahu, hormone turut memainkan peranan?

Sebut tentang hormone dan fatloss, ada dua kategori yang anda perlu ambil perhatian:

1- Fat burning hormone
2- Fat storing hormone

Fat burning hormone mudah untuk dirembeskan dengan pemakanan yang baik dan senaman yang sistematik. Jadi, itu bukanlah prioriti kita sekarang.

Akan tetapi, fat storing hormone harus diberi perhatian jika anda berniat untuk menurukan berat badan!

Tiga hormone yang menyimpan lemak dalam badan dan merencatkan pembakaran lemak:

1- Cortisol
2- Insulin
3- Estrogen

Cortisol merupakan hormone yang dirembeskan (daripada adrenal gland) ketika anda stress (fizikal dan mental). Insulin pula hormone yang mengawal paras gula dalam badan. Untuk artikel ini, kita berikan perhatian pada Cortisol,

Tanya pada diri anda, sudahkah anda bersenaman dan jaga makan untuk masa lama tapi resultnya kurang atau tiada? Jika ya, tanya lagi samada ada selalu dalam keadaan runsing dan tidak tenang?

Mungkin anda pikirkan tentang kerja, family, kekasih, atau paling mudah anda stress sebab anda diet dan training tapi masih tak turun berat.

Stress yang banyak meningkatkan paras hormone Cortisol dalam badan anda. Ini akan melambatkan proses pembakaran lemak berlaku. Jadi, antara cara untuk mengurangkan rembesan hormone ini ialah:

1- Mendapatkan tidur dan rehat yang cukup (untuk meransang rembesan GH dan IGF).

2- Keluar waktu pagi dan jangan lajak tidur lepas subuh (dapatkan Vitamin D semula jadi dari cahaya matahari waktu pagi).

3- Berjalan-jalan di taman-taman, tasik-tasik, atau mana-mana tempat lapang (antara yang terbaik untuk tenangkan minda dan bersenam sekaligus).

4- Massage. Woohoo!

Jika anda dapat kawal stress anda dengan baik, nescaya progress fatloss anda akan meningkat malah bukan sahaja kualiti fitness anda, tetapi anda juga dapat tingkatkan kualiti hidup dengan mengetepikan stress serta memenuhkan diri dengan kegembiraan dan ketenangan.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)