Waktu buat senaman, ada macam-macam jenis kesalahan yang boleh berlaku. Ada kesalahan yang tak bahaya mana, ada yang kalau diteruskan boleh rosakkan badan dan mencederakan anda. Mari kita lihat satu kesalahan yang biasa dilakukan semasa berlatih back!
Kalau lihat dalam gambar, ini adalah senaman cable row yang melatih otot belakang anda (trapezius dan latissimus dorsi). Kesalahan yang kerap berlaku adalah pelaku mebongkokkan badan.
Yang sebetulnya, anda kena statikkan badan terutama bahagian pinggang. Yang bergerak ialah bahagian tangan sahaja di mana anda menarik mesin kabel ke bahagian bawah dada.
Apabila anda tarik, tahan seketika dalam satu saat. Lepaskan semula bebanan dengan meluruskan tangan sehingga anda rasa otot belakang dan biceps anda tegang, kemudian tarik semula.
Senaman ini elok dilakukan dengan beban sederhana sebanyak 3-4 set (8-12 rep). Kalau dilakukan secara berat pun boleh, tetapi minimumkan penggunaan momentum (menghayun beban).