Jangan Buat Kesalahan Latihan Bahu Ini!

Aiman Radzi - Kesalahan Lateral Raise

Adakah anda melakukan kesalahan ini semasa melakukan latihan bahu (shoulder day)? Senaman ini dipanggil Lateral Raise dan ia mensasarkan otot bahu bahagian tepi/tengah (middle deltoid) yang akan berikan anda bentuk bahu lebih lebar daripada pandangan hadapan.

 

Apakah kesalahan yang saya maksudkan? Kesalahan tersebut adalah tidak meluruskan tangan dan tidak menangkan beban dengan siku. Rujuk gambar untuk paham apa maksud saya.

lateral raise

Apabila anda buat begitu, anda tidak melatih otot yang kita cakapkan tadi. Kiranya, ibarat merugikan masa sahaja sebab anda mengurangkan keberkesanan latihan tersebut.

 

Cara yang betul adalah dengan membengkokan sedikit sahaja siku dan menolak dengan siku ke atas. Tengok gambar, yang salah meletakkan siku di bawah manakala yang betul menolak siku dahulu naik.

 

Untuk senaman ini, anda tidak patut gunakan yang berat-berat sebab ramai akan sakit bahu semasa buat senaman ini (disebabkan ramia buat salah seperti yang kita sedang bincang). Sakitnya berpunca daripada kerosakan struktur bahu akibat kecederaan senaman (teknik yang salah).

 

Gunakan beban yang ringan, buat dalam 15-20 rep dan ulang sebanyak 4-5 set. Rehat antara set diegaskan antara 30-60 saat sahaja.

Komen Facebook