Ramai yang pergi gym dengan tujuan untuk membakar lemak dan menguruskan badan, tapi bukan semua orang berjaya melakukannya. Kebanyakan orang berusaha sama seperti yo-yo, kejap rajinnya naik, kejap turun.
Kalau anda sudah menjinakkan diri dengan gym tetapi rasa susah untuk kuruskan badan, mungkin sekali anda telah lakukan satu atau lebih kesalahan.
Mari kita kenalpasti masalah-masalah tersebut yang selalu dilakukan oleh orang ramai dan mencari jalan untuk menyelesaikannya!
Salah 1: Anda Masih Terlebih Makan
Ramai yang tidak tahu berapa banyak kalori dalam makanan mereka yang sudah mereka makan. Yang anda ingat anda makan 300-400kcal, rupanya-rupanya anda telah makan 700-900kcal!
Lemak lebih cenderung untuk disimpan sebagai tenaga simpanan berbanding nutrien yang lain, manakala pengambilan karbohidrat yang banyak akan meningkatkan tahap insulin.Peningkatan mendadak melalui pengambilan karbohidrat yang tinggi secara kerap akan memenatkan hempedu untuk mensintesis hormon insulin ini, dan lama-kelamaannya juga akan mengurangkan sensitiviti sel terhadap tindakbalas insulin ini.
Salah 2: Anda Tidak Makan Cukup Protein
Protein bukan sekadar untuk membina otot. Dalam sebuah kajian yang diterbitkan dalam “Journal of Nutrition”, para pengkaji mendapati apabila dua kumpulan wanita berbadan besar (overweight) memakan jumlah kalori yang sama, kumpulan yang mengambil jumlah protein yang lebih tinggi (128g) telah berjaya turun lebih banyak berat berbanding kumpulan rendah protein (68g).
Pengambilan protein mampu meningkatkan tahap kekenyangan anda, sekaligus mengurangkan rasa lapar. Jadi, anda tidak akan berasa seperti mahu melahap makanan. Diet tinggi protein juga memberikan kesan positive terhadap kandungan lipid (lemak) dalam darah, tahap gula darah, dan nisbah otot-lemak badan kita.
Jadi, protein adalah nutrien yang sangat penting jika anda bercadang untuk membakar lemak dan mengempiskan ukurlilit pinggang anda.
Salah 3: Anda Kerap Minum Teh Ais
Bukanlah teh ais sahaja, tapiair-air yang manis. Lebih-lebih lagi apabila kita duduk melepak di kedai mamak bersama kawan-kawan.
Kalau anda selalu mulakan hari anda dengan secawan minuman yang ditambah lagi dengan gula, seperti kopi, teh tarik, milo, dan lain-lain, anda mungkin menambah lebihan 150-300kcal setiap pagi. Ini hanya menambahkan lagi jumlah tenaga yang perlu dibakar untuk membakar lemak.
Salah 4: Anda Fikir Makan Clean Adalah Bebas Kalori
Tidak kira apa sahaja makanan, samada dikira sihat atau tidak; kalau anda makan berlebihan, anda akan meningkatkan jumlah kalori yang anda ambil seharian.
Masalah ini selalu berlaku jika anda mengamalkan snek-snek ringan. Snek bermaksud makanan ringkas dalam kuantiti kecil sahaja, bukannya makan seperti anda makan tengahari. Contoh snek mudah adalah seperti kacang almond.
Sasaran snek adalah sekadar untuk mengisi perut, dan bukannya mengenyangkan. Antara cara mudah “menimbang” snek anda, pastikan apa sahaja snek anda ambil hanyalah sebesar (atau kurang daripada) telapak tangan. Ada satu lagi syarat, jangan ambil makanan ringan atau makanan segera sebagai snek!
Salah 5: Anda Tidak Berlatih Dengan Intensiti Tinggi
Anda tidak akan kurus kalau anda berlatih tanpa sebarang cabaran baru untuk badan mengadaptasikan diri. Yang penting adalah senaman haruslah sangat mencabar bagi diri anda yang bersenam!
Tidak kira apa sahaja matlamat anda, cara untuk mendapatkan sebarang hasil adalah dengan melatih diri supaya melakukan lebih baik daripada sesi latihan sebelumnya.
Salah 6: Anda Terlebih Latihan Kardio
Setiap jenis latihan ada kelebihannya sendiri, dan latihan kardio memang membantu dalam pembakaran lemak tetapi itu bukanlah latihan yang anda patut jadikan prioriti.
Apabila anda membina kekuatan, anda menjadikan otot anda lebih cekap berkerja. Seterusnya, otot yang lebih mampu membakar kalori yang banyak walaupun anda habis bersenam. Latihan seperti dropset, superset, dan variasi lain yang menambah lagi intensiti latihan akan membantu membakar meningkatkan kadar pembakaran kalori.