No pain no gain? Jangan tunggu sampai dah injured baru nak menyesal. Sakit ada macam-macam jenis sakit. Memang anda kena push diri dalam gym, tetapi anda kena kenal pasti jenis sakit yang macam mana bagus untuk kenaikan otot.

Sakit yang kita tidak mahu ialah sakit sendi. Sakit sendi bermaksud anda melakukan kesilapan, mungkin pada teknik atau penggunaan bebanan yang terlalu berat. Sakit yang kita mahu pula ialah “kepanasan” otot. Apabila anda melakukan banyak rep dan otot anda terasa seperti terbakar, itu yang kita mahukan.

Macam macam mana ada nak kenal pasti dua sakit ini? Semestinya, sakit sendi ialah sakit yang anda rasa pada sendi anda sehingga nak bergerak pun terasa sakit. Antara sendi yang sering mendapat masalah ialah sendi bahu, siku, pergelangan tangan, dan lutut.

Sakit otot pula terasa pada bahagian isi otot tersebut. Biasanya, sakit ini datang apabila anda buat rep yang banyak. Sakit ini boleh berterusan untuk tiga hari. Kalau ada sakit otot sampai dua minggu, ini juga bukan petanda yang baik.

Untuk mengurangkan sakit-sakit ini, anda kena pastikan permulaan kepada anda bersesuaian dengan latihan anda, form senaman anda cantik, dan ambil banyak protein dalam sehari.

Semestinya, whey protein daripada USN ialah whey yang sangat bagus untuk bina otot anda kerana kualitinya yang tidak mampu ditandingi jenama lain!