Jika lihat zaman sekarang ramai orang dah sukan main gym tak kira umur dan golongan. jika masuk gym lihat gym mesti penuh sebab trend sekarang exercise dalam gym. Bagi lelaki kebanyakkan yang pergi gym mesti target utama adalah nak bina otot, jarang dengar orang lelaki cakap ” saya pergi gym nak sihat je “. jika di tanya rata-rata akan jawab saya pergi gym nak bina otot sikit-sikit supaya nampak lebih tegap dan maskulin lagi.

jika anda sudah berusia jika anda seorang aktif gym dan bina otot pasti anda akan kelihatan 10 tahun lebih muda dari usia anda. tak percaya lihat aktor luar negara berbadan sado seperti The Rock, Thor, Ironman, Rambo semua dah berusia tapi jika tengok wajah mereka macam umur 30an bukan. Tapi nak bina otot bukan boleh langgar macam tu je, kene ikut aturan dia supaya tak datangkan kecederaan. 6 tips kami kongsi yang anda perlu lakukan sebelum main gym .

1) JANGAN START WORKOUT TANPA LAKUKAN WARM UP

Sebelum start main gym perkara utama anda perlu lakukan adalah Pemanasan (Warm-up).  Jangan tiba-tiba terus angkat berat-berat memang jem lah tak lama lagi. Kemungkinan besar anda mudah dapat kecederaan, terseliuh dan otot lebih cepat lesu. Tak sampai 30minit main dah rasa penat otot nak balik je. Sebab tu warm up penting sebelum workout.

2) MAKAN DULU SEBELUM NAK MAIN GYM : 

Jangan main gym dengan perut kosong. Otot gerenti payah naik sebab tak cukup  tenaga dalam badan. Bukan otot payah je naik tapi otot juga akan makin kecut. Anda pun rasa lemah tak bertenaga jika main gym dengan perut kosong. Sebaiknya ambil menu yang tinggi karbohidrate seperti nasi, roti atau mie 2 jam sebelum main gym. Nie kerana karbohidrate merupakan sumber tenaga utama yang disimpan dalam skala besar dan digunakan ketika anda workout nanti. Jika boleh menu anda sebelum workout peru lengkap dengan karbohidrate, protein dan vitamin bagi keperluan ketika workout nanti.

3) TIDUR YANG CUKUP JIKA NAK MAIN GYM

Tidur paling kurang sehari perlu 6jam, jika kurang dari 6 jam jangan main besi lagi. Cukupkan tidur baru main. Sebab utama badan anda pasti akan keletihan, jika keletihan kemungkinan besar anda tidak dapat focus pada latihan. Memang boleh paksa badan  untuk push time main gym, tapi  gerenti mental tak cukup focus dan risiko kecederaan tinggi sebab kurnag focus ketika workout. Bokeh jadi oksigen juga tak dapat supply dengan sempurna akubat badan terlalu penat dan otak tak dapat berfungsi dengan baik . Rehat lebih baik kerana tujuan main gym untuk kesihatan bukan nak cari penyakit.

4) JANGAN TERLALU OVER AMBIL PRE WORKOUT :

Jangan ambik berlebihan, jika disarankan 1 scoop sahaja pre workout jangan sesekali cuba ambil 2 scoop. Nie kerana pre workout mengandungi caffein yang tinggi, pengambilan caffein tinggi akan membuatkan jantung berdegup lebih laju dan darah di pump dengan laju. Besar kemungkinan anda akan mudah pitam nanti time workout. Sebab itu nak guna pre workout guna time main heavy kalau hari tu setakat main bicep tricep tak payah pakai tak pe. Minum kopi O je dah cukup macam tu.

5) JANGAN MULA DENGAN BEBAN TERLALU BERAT : 

Nak menunjuk punya pasal start main gym terus bantai besi paling berat nak tunjuk konon dia kuat. Starting dah main berat lepas tu terus tak daya. Jangan ego, relaks start dengan beban ringan dulu bagi otot terima beban sedikit demi sedikit supaya otot tak mudah cedera. Lepas tu baru up sedikit demi sedikit beban sehingga reps terakhir. Jangan lupa cari supporter atau membe gym situ tolong support jika betul nak main berat. Jangan over confiden , panggil membe terus jika nak start main berat.

 

6) JANGAN MINUM AIR BERLEBIHAN TIME TRAINING

Sebelum atau ketika main gym jangan minum air terlalu banyak. Kawal jika boleh. Jika time workout biasany ramai minum air terlalu banyak , lepas tu mulalah perut rasa senak sendat tak boleh main gym dah …dah macam ular sawa. Minum air berlebihan ketika workout akan menggangu sistem pernafasan . Sebab tu jika korang perasan nafas kurang stabil sebab air terlalu penuh dalam perut. Nak minum air banyak minum lepas main gym bukan ketika main gym. Cukup seteguk jika rasa teralu dahaga, jangan sampai berteguk-teguk plak sebab dahaga sangat.

Harap tips ini dapat membantu anda workout dengan lebih sempurna. Nantikan tips dari kami lagi …!