Admin nampak ramai sekarang yang bangga dapat naik berat badan secara cepat dan banyak dalam masa yang singkat. Lainlah kalau anda pengguna steroid, maka Admin tidak akan kacau dan mungkin terpegun dengan transformasi anda.

 

Orang yang baru mula juga mungkin lebih senang untuk naikkan berat badan tanpa perlu risau sangat tentang kenaikan lemak. Tetapi, mereka yang dah lama main tidak patut naikkan berat badan cepat dan banyak. Kenapa? Ini berkaitan dengan pembinaan otot.

 

Naik Berat Tak Semesti Naik Otot

Tak kisah anda pakai apa jenis supplement, kenaikan yang cepat tidak menggambarkan kenaikan otot. Berkemungkinan besar berat yang anda dapat itu, majoritinya adalah lemak. Silap, bukannya berkemungkinan besar, tetapi memang ia adalah lemak!

 

Sasaran anda semasa bulking adalah untuk membina otot. Anda kena kira ukur lilit bahagian dada, bahu, tangan dan pinggang. Kalau kesemuanya naik kecuali ukur lilit pinggang, tahniah sebab anda sedang bulking dengan bagus. Kalau pinggang sekali naik, jaga-jagalah dan nilai semula proses bulking anda.

 

Untuk bulking yang terbaik, anda cuma perlu naikkan berat badan maksimum 2kg sahaja dalam sebulan dan itupun boleh dikira banyak. Ini adalah untuk memaksimumkan pembinaan otot dan meminimumkan pengumpulan lemak. Fokus pada latihan kekuatan dan main berat semasa fasa bulking.

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)