Berikutan kes yang baru-baru ini terjadi di salah satu gym di Kuala Lumpur, Admin ingin berpesan kepada semua pembaca di sini supaya berhati-hati di dalam gym. Ingat, jangan abaikan keselamatan semata-mata untuk bermegah dengan beban yang diangkat.

 

Admin nak kongsikan satu tip keselamatan semasa bench press. Pernah dengar tentang SUICIDE GRIP? Semasa anda bench press, anda tidak menggenggam barbell secara penuh, tetapi hanya meletakkan di atas tapak tangan. Tengok gambar di bawah sebagai rujukan.

download

Disebabkan tiada ibu jari untuk menahan dan menggenggam barbell, batang besi tersebut mudah untuk tergelincir keluar daripada tangan, lantas menghempap anda. Sebab itu namanya SUICIDE GRIP (genggaman membunuh diri).

 

Sememangnya, grip begini memberikan anda peluang untuk menolak bebanan yang lebih berat kerana daya bebanan selari dengan pergelangan tangan. Berbanding dengan cara genggaman biasa, ramai susah nak luruskan pergelangan tangan dengan grip biasa. Jadi, mereka gunakan suicide grip untuk bench press.

 

Suicide grip adalah lebih berbahaya dan tidak digalakkan untuk guna semasa bench press. Orang baru yang masuk ke gym lagilah tidak digalakkan, sebabnya otai-otai juga ada pernah tergelincir semasa guna grip ini. Lagikan pula yang kurang pengalaman berlatih!

 

Tip bagi penggunaan grip biasa semasa bench press:

  1. Pastikan bebanan tegak degan pergelangan tangan.
  2. Jangan genggam terlalu lebar.
  3. Semasa turun, pastikan forearm tegak dengan lantai.
  4. Genggam secara penuh dan kuat untuk aktifkan otot stabilisasi lain.

 

Admin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi tersebut. Kepada gymmers yang lain, sentiasa beringat untuk berjaga-jaga di gym dan jangan berlatih dengan ego.

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)