Ada banyak senaman chest yang anda boleh lakukan. Ada yang guna barbell, ada guna dumbbell, ada guna mesin dan kabel, dan ada yang tak perlu gunakan apa-apa alat.
Otot chest dipanggil sebagai pectoralis major, dan ada satu lagi otot di bawahnya dipanggil pectoralis minor. Fokus dalam bina badan ialah pectoralis major. Fungsi otot tersebut ialah untuk menggerakkan tulang tangan ke arah dada. Pectoralis major juga berperanan dalam semua pergerakan pressing bersama otot anterior deltoid dan triceps.
Tak faham? Chest sangat digunakan dalam pergerakan macam push up, segala jenis senaman press, dan ia berkerjasama dengan otot triceps dan bahu bahagian hadapan. Bench press, overhead press, push press, semua ini menggunakan chest (sedikit sebanyak).
Ada dua variasi anda tak patut tinggalkan kalau anda nakkan chest yang besar:
1- Close Grip Dumbbell Bench Press
Pernah buat variasi ini? Memang padu untuk diamalkan selepas senaman pressing. Jadikan variasi ini sebagai pelengkap kepada latihan chest anda. Ia sesuai dilakukan secara ringan-sederhana untuk 8-12 rep atau lebih sebanyak 3-5 set.
2- Dip
Senaman dip boleh dilakukan dengan berat badan sendiri atau dengan tambahan bebanan yang diikat atau digantung sahaja. Ia merangsang kenaikan otot dada, tetapi yang lebih penting, ia menjadikan pergerakan pressing anda lebih kuat. Kalau dah makin kuat, maka lagi mudah nak berlatih secara hardcore.
Bonus
3- Pec Deck
Ini ialah senaman isolation asas kepada otot chest. Ada yang lakukannya dengan dumbbell, tetapi Admin lebih gemarkan guna mesin ini kerana ia beri lebih fokus pada otot. Kalau anda mampu buat 30 rep, buatlah!
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)