Jangan Workout Sampai Failure!

Workout sampai failure maksudnya repping sampai anda tak boleh nak rep dah dalam satu-satu senaman. Ada yang lepas failure, minta tolong kawan untuk repkan lagi dalam beberapa rep.

 

Teknik ini bagus untuk mencabar diri dan membina otot! Admin memang suka tengok, tetapi teknik ini bukan untuk semua senaman dan bukan untuk semua orang. Kalau anda baru lagi, tak perlu sentuh teknik failure ini.

 

Teknik failure tidak sesuai untuk senaman kompaun yang boleh bahayakan diri anda kalau anda tersilap form. Contohnya, senaman squat, bench press, deadlift, overhead press, dan lain-lain. Sebaliknya, teknik failure sangat sesuai untuk senaman yang berisiko rendah seperti push up, chin up, inverted row, leg curl, dan macam-macam lagi. Janji, senaman itu selamat walaupun anda keletihan dan tak mampu nak kekalkan form cantik.

 

Ingat, bukan semua senaman sesuai untuk dilakukan sampai failure. Secara amnya, senaman kompaun yang dilakukan secara bodyweight boleh dipertimbangkan lagi, tetapi teknik failure lebih sesuai dengan senaman isolation. Malah, selepas habis workout kompaun, buatlah teknik failure untuk isolation bagi meningkatkan tekanan metabolik dan rangsangan hypertrophy!

 

Jika anda inginkan lebih banyak tips bina badan, ikuti Dee Gym Supplement supaya anda tidak akan ketinggalan lagi dengan informasi-informasi baru.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook