Kita tahu bahawa makanan berlemak perlu kita jauhkan lebih-lebih lagi bagi orang yang sedang berdiet atau sedang clean bulking atau cutting. Namun tidak semua lemak perlu kita fobia kerana ada juga lemak yang baik yang membantu dalam penurunan berat badan.
Artikel ini akan berkongsi berkaitan 5 makanan yang berlemak tetapi selamat jika diambil kerana kurangnya linoleic asid dalam kandungannya.
Apa itu Linoleic Acid?
Linoleic asid adalah bahan yang tidak dapat dielakkan yang berada dalam makanan berlemak di mana kesan pengambilannya secara berlebihan membuatkan penambahan lemak dalam badan dan tidak sihat.
Ia adalah lemak tidak tepu yang wujud dalam minyak masak, kekacang, dan lemak-lemak haiwan. Jika diambil secara berlebihan ia akan mengundang kepada gemuk dan kolesterol. Jadi ini 5 makanan yang selamat untuk diambil
1. Daging lembu
Jika anda memerlukan 3000 kalori sehari, dan 50% darinya adalah daging lembu, maka kandungan linoleic acid adalah hanya 7gram dan itu adalah amaun yang kecil sahaja.
2. Daging ayam
Ayam juga memiliki asid lenoleic yang sedikit iaitu 2.5% sahaja.
3. Kekacang
Kekacang memang mengandungi lemak, namun pilihan kacang yang sesuai adalah penting. Peanut butter memiliki 32% Lenoleic acid, Badam 17% dan kacang hazel hanya 20%. Jadi kepada peminat peanut butter, anda boleh memediumkan pengambilan anda. Namun jika anda sedang bulking saya nasihatkan anda untuk mengamalkan peanut butter. Tetapi jika untuk diet yang sihat saya mencdangkan untuk anda amalkan kacang badam atau almond. Ia juga tinggi dengan protein.
4. Minyak zaitun
Minyak zaitun adalah pilihan minyak yang baik berbanding minyak kelapa sawit, minyak kelapa dan lain-lain. Minyak zaitun jika diletakkan dua sudu hanya mengandungi 2% lenoleic acid. Jadi ia memang sesuai diguna jika anda sukakan makanan bergoreng dalam masa yang sama inginkan diet dan penurunan berat.
Entri Oleh: Fakhrul Islam